Thursday, March 18, 2010

dia tiada lagi dalam idOp aq!

dia tiada lagi dalam hidup aku.
Mungkin ini bukan jalan kami.
dia dan aku hanya kenangan sekarang.
dia, pada mulanya seorang yang aku amat cintai,
memberi aku gengaman yang kuat untuk aku teruskan hari-hari aku
aku gengam erat tangan itu.
tetapi gengaman itu, di longgarkan
setiap hari aku ingin gengam erat tangan itu
tetapi tangannya tidak membalas gengaman itu
akhirnya dia lepaskan aku
aku masih mengapai-gapai, mencari tangan itu.
mungkin dia kembali gengam tangan aku ini
tetapi aku tahu, ia tak akan terjadi
sudah berminggu-minggu aku tidur dalam tangisan
kadang-kadang aku nangis diam-diam
kadang-kadang aku nangis kuat-kuat
hanya tuhan tahu apa aku rasa
janji dia kepada aku
tak ditunaikan
menunggu lagi 3 bulan untuk kepulangan dia
sia-sia sahaja
janji untuk kuat sama-sama
janji untuk tunggu sama-sama
semua nya hanya tinggal janji-janji palsu
aku tewas kerana 'Dia'
'Dia' yang tak pernah aku jumpa
'Dia' yang sempurna segala
'Dia' yang aku tahu aku tak layak dibandingkan
tetapi maaf, aku bukan 'Dia'
aku tak pernah marah dia, tetapi aku sedih.
sedih kerana aku mula percaya mungkin kami boley kuat bersama
bodohnya diri bila dikenang semua
hati aku kembali pecah
kali ini, aku tak akan gam nya kembali
aku ingin biarkan ia pecah
kerana aku tak tahan untuk lihat hati aku kembali pulih kemudian pecah lagi

sakit.
tak, aku tak kuat.
aku cuba pendamkan rasa sakit itu,
tapi semua sedar.
aku cuba senyum dan ketawa besar,
tapi masih semua tahu.
aku cuba tipu tetapi semua tahu.
ye, aku sedih. ye, aku nangis.

maaf jikalau aku tak seperti 'Dia'
tetapi hati aku selalu ikhas bila aku ungkapkan 'aku cinta kau'
setiap hari menunggu sms dia, menunggu kata-kata manis dia, menunggu dia memanggil aku sayang.
tetapi setiap hari aku dikecewakan
mungkin salah aku.

mungkin aku ialah penyebabnyer!!

nOta cinta: ujahan atas nie tOk hp aq yer,udah berganti baru!

No comments: