Tuesday, January 12, 2010

berilah anak emak pada saya..

aq kat ruang tamu..dOk santai2 sat sbelum sambg buat keje..t'detik tiber2 tOk b'blOgng..dah lama x post aper2 kn..aqwindu bie s'benar nyer..
n risau..setelah sumer nie t'jadi..cam ne klau ibu dier x suka ngan aq..klau family dier x dpt acept aq?
Ya Allah~..pening aq d'buat nyer..aap2 d'jauhkn daripd sumer benda2 nie..
aq separuh mti syg-kan En.Hubby..x t'fikir tOk idOp tanpa dier..

buat ibu mertua aq..
Emak,
saya minta maaf kerana mencintai anak emak.
saya sayangkan dia dan saya sedia susah senang dengan dia.

Emak,
walau pOwn anak emak bukan lelaki pertama yg saya cintai tetapi dier yang terakhir yang saya cintai.
anak emak banyak jadikan saya wanita paling sempurna.
anak emak banyak ajarkan saya yang hidup ini perlu redha.
anak emak kasihkan saya sepertimana saya kasihkan anak emak.
malah lebih lagi kasihnyer pada saya.

Emak,
disaat dunia menolak saya,
anak emak sentiasa memimpin tangan saya dan mendorong saya cuba bertatih lagi.
anak emak sentiasa yakinkan saya bahawa kebahagian itu masih ada untuk saya.

Emak,
satu satunya kekuatan saya untuk menahan diri dari jatuh dan terluka adalah anak emak.
anak emak sentiasa buat saya rasa istimewa.
anak emak sentiasa menerima kekurangan saya.

Emak,
saya lupa apa itu rasa malu,
saya tebalkan muka dan hadapi hidup ini kerana saya tahu diakhir hari nanti anak emak sentiasa ada bersama sama saya.

Emak,
saya minta Tuhan panjangkan jodoh saya dan anak emak sehingga kami sah menjadi suami isteri.
harap Tuhan makbulkan doa saya.
Tuhan uji saya dengan luka dunia tetapi Dia berikan saya anak emak sebagai pengubat duka saya.

Emak,
Dengan nama Allah saya cintakan anak yg keluar dari rahim emak.
tiada alasan untuk saya membenci anak emak.

Emak,
maaf emak.
saya telah banyak melukakan hati anak emak.
saya janji akan berubah untuk menjadi yang terbaik untuk anak emak.
saya cuma perlu masa untuk mengubat luka.

Yakinlah Emak,
suatu masa nanti saya akan bawa anak emak pulang.
kepulangan yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Emak,
sesungguh nyer saya amat menyayangi anak emak yang bongsu ini.
berikan lah anak emak pada saya...

No comments: